Total Pageviews

Tuesday, March 19, 2013

Kawad Kaki K.O.T

Lepas sebulan lebih prektis kawad kaki (i am scouter), akhirnya tiba kejohanan olahraga tahunan IPG... uhuk2... Nevez... Raptai penuh, Jumaat (15 Mac 2013), smua lintang pukang, bterabur... kna mrh plk dgn Encik Amir, Pensyarah ktorg... adusss... kna sbijik kat muka n tlinga msg2... panas kauuuu.... dgn azam yg mbara, ktorg btulkn apa yg slh... n hari Sabtu (the next day), xde dh raptai2, prektis2... ktorg kna bdpn ngn realiti... ni lah hari utk tunjukkan kemampuan ktorg... samada pengakap mengekalkan kemenangan utk kawad kaki setiap tahun atpn kcundang d tgn unit2 beruniform yg lain (sbb nmpk dorg mkin hebat dri hari ke hari)...
 
 raptai penuh haru jumaat

ni punnnn

wktu ni, pembawa sepanduk ktorg, Ayu Shapee



Dengan lafaz Bismillah, komandan ktorg (Mustaqeem budk muzik mlaungkan command "dari kiri hentak kaki"... Maka bermulalah perjuangan kami di medan kawad... hahahaha... (mcm pgi lahad datu je...) semuanya berjalan lancar... dengan peringatan tangan pada paras bahu, kaki serentak... n yg plg best... bila lintas hormat, n mustaqeem laung, "hormat ke kanan hormat!", semua serentak melaungkan ayat keramat yg ktorg simpaan utk surprise hari perbarisan.. "Gempur Wira!!!"... ya... ayt tu yg buat aku mkin bsmgt...
tgk ni... smart kn???

Lintas hormat dpn astaka stadium mini permaisuri



 Msuk ke kwsn pdg plk, smpt plk buat slek... bila taqeem sbut "hentak kaki", smua dh x btul... ada yg kiri hntak dulu... ada yg hentak kaki knn.. jd msg2 try cover dgn ikut kwn sblh yg blm tntu btul jgk... haha... aku trus trfkr, blh mng lgi ke kalau mcm ni... dh risau dh msa tu...
kemas je... huhuhu...

Hari Perbarisan, hlg Ayu Shapee, muncul Ariza plk yg bwk sepanduk


Tp, alhamdulillah, ktorg rupanya juara lg skali utk thun ni... hahaha... bangga weh.... 

Memory

I have wrote my first English poem and I used it for my Songs and Poetry Assignment..

Have a look all... =)


Memory (By Khalida Azrina Binti Kamarudin)

A young boy named Subo,
Play under the rainbow,
Hoping it will rain,
Mingle with his friend,
Learn every single words of care,

An old woman called Claire,
Sit on the chair,
Looking out with tears,
Remembering all the cheers,
During her childhood years,

A small child called Billy,
He looks a bit silly,
But he never care,
Even people look with a glare,
As long as he is happy,

A maiden named Jenner,
Sitting alone in the corner,
Remembering the pain,
Pain that she gained,
Throughout her life.

Hegemoni Barat


Perkataan hegemoni adalah berasal dari perkataan yunani iaitu hegeisthai yang bermaksud untuk memimpin (to lead). Konsep ini banyak digunakan dan diterangkan oleh ahli sosiologi untuk memberi penjelasan tentang usaha kuasa besar barat untuk menguasai dunia. Hegemoni secara telusnya adalah merupakan satu pendominasian atau satu dasar monopoli dari segi agama, ekonomi, politik, budaya, pendidikan, moral dan lain-lain ke atas negara yang baru membangun oleh negara-negara di dalam kelompok kelas atasan. Hegemoni boleh didefinisikan sebagai satu doktrin yang disuntik ke dalam satu-satu masyarakat tanpa ancaman kekerasan sehinggakan idea-idea yang ditekan oleh kelompok yang dominan itu menyerap dengan mudah sehingga mampu dibudayakan oleh masyarakat yang didominasi. Nilai-nilai dan doktrin yang disebarkan ini diperjuangkan oleh masyarakat kelas atasan sehingga pihak yang dimonopoli tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa.
Pelbagai pihak melihat hegemoni adalah merupakan antara satu usaha atau strategi bagi mempertahankan penguasaan terhadap satu-satu masyarakat mahupun penguasaan menyeluruh ke atas dunia. Namun, pada zaman sekarang, penguasaan terhadap dunia lebih cenderung kepada penguasaan berbentuk ketenteraan, terutamanya kepada negara-negara yang tidak sehaluan dengan kuasa-kuasa besar ini. Keadaan ini bertambah buruk dengan momokan dan suara-suara luar yang mengatakan negara-negara yang dikuasai oleh agama Islam dikaitkan dengan isu keganasan, bahkan terdapat segelintir umat Islam dikecam sebagai pengganas oleh pihak barat. Dalam kata lain, sasaran bagi konspirasi mereka yang mengamalkan konsep hegemoni ini ialah umat Islam di seluruh dunia.
Hemogenising ataupun proses hegemoni ialah satu proses di mana budaya dan tamadun disamaratakan oleh Barat dari segala aspek dan pihak barat mempunyai pelbagai agenda dan program bagi memastikan doktrin dan idea mereka ini berjaya dilaksanakan. Mereka menganggap bahawa proses penyamarataan ini lebih berkesan melalui bidang ekonomi, system pendidikan, sains, melalui teknologi, media dan budaya. Idea-idea yang disuntik kepada masyarakat ini amat berbahaya dan dapat memusnahkan keaslian dan kewibawaan elemen budaya dan tamadun tempatan. Antara tiga polisi terbesar yang dilaksanakan oleh pihak barat ke atas masyarakat lain bagi mencapai hasrat mereka bagi mengekalkan keunggulan sistem pertahanan ialah melalui dasar dan perjanjian senjata yang ternyata berat sebelah. Selain itu, mereka juga rancak mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasai tetapi menggunakan konsep ala barat. Pihak ini juga berupaya menjaga integriti Negara bangsa Barat dengan cara menyekat kebanjiran imigran ke barat.
Selain itu, globalisasi pula merupakan satu perkataan inggeris iaitu globalization yang secara amnya bermaksud menyeluruh. Namun, secara khususnya perkataan ini bermaksud dunia tanpa sempadan ataupun maklumat di hujung jari. Ini kerana segala maklumat boleh kita perolehi secara pantas dan cepat samada dari segi segala perbincangan serta transaksi niaga yang dilakukan. Dalam konteks kemasyarakatan pula, globalisasi adalah merupakan peruntuhan dinding yang memisahkan antara negara-negara tertentu sehingga dengan itu mudah berlakunya  pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai aspek seperti aspek pendidikan, pemikiran, ekonomi, kebudayaan, agama dan banyak lagi.
Walaupun pada asalnya ia bermaksud satu pertukaran, namun secara realitinya, melihat kepada apa yang berlaku di zaman moden ini, globalisasi sebenarnya tidak wujud dalam sistem atau bentuk dua hala seperti yang digembar-gemburkan oleh masyarakat barat. Terdapat Negara yang bersifat memberi ilmu ataupun teknologi dan Negara yang diglobalisasi lazimnya hanya menerima kedatangan  ilmu yang diberikan ini tanpa menyedari bahawa ia mungkin akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding manfaat. Globalisasi juga boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk mengubah nilai manusia samada dari segi pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh satu kelompok masyarakat kepada kelompok masyarakat yang lain. Satu agenda barat iaitu global village telah diuar-uarkan untuk memudahkan mereka menguasai Negara lain di dunia. Ia sepertinya mengubah mentaliti rakyat kepada cara pemikiran barat yang mengagungkan kuasa besar ini. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai “hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya” (Giddens,A.2000).
Antara isu-isu kontemporari yang diketengahkan dalam hegemoni dan globalisasi ini ialah media, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Media digunakan sebagai medium penyebaran maklumat yang paling berkesan terutamanya dalam aspek pembangunan tamadun bangsa. Revolusi teknologi yang semakin canggih memberi impak terhadap peradaban manusia di dunia. Negara berkuasa besar telah berjaya mempelopori penyebaran maklumat dan berita antarabangsa dan mereka juga mendatangkan pengaruh yang besar dengan menguar-uarkan berita berdasarkan sudut pandangan mereka sahaja. Pihak berkenaan juga mengecam Islam sebagai agama yang mengamalkan keganasan dan perkara ini  boleh meggugat keamanan dunia serta umat Islam di serata dunia. Dari aspek ekonomi pula, sistem ekonomi sosialis, komunis dan sebagainya mampu menggugat keseimbangan sistem ekonomi lain yang diamalkan dan menyebabkan ianya hampir pupus disebabkan pasaran bebas ini. Selain itu, politik juga memainkan peranan yang besar dalam konsep hegemoni dan globalisasi. Penjajahan terhadap Negara baru membangun menyebabkan ideologi pihak barat semakin berkembang pesat. Ini menyebabkan nilai sosio-budaya dan struktur politik negara-negara tersebut menerima impak yang besar. Pada masa sekarang, mereka terus menerus memanipulasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Terdapat banyak isu-isu yang timbul di antara tamadun barat dan tamadun islam yang jelas menunjukkan ketidakseimbangan dan ketidakadilan kepada kedua-dua tamadun ini. 
Dengan keberadaan hegemoni dan globalisasi oleh pihak barat ini, banyak kesan jangka pendek mahupun kesan jangka panjang yang sudah boleh dilihat, dan bakal kita perolehi pada masa akan datang. Antara aspek perubahan yang boleh kita perhatikan ialah aspek ekonomi. Kita boleh perhatikan Negara-negara yang baru membangun akan sentiasa memerlukan sokongan dan bergantung kepada Negara barat sebagai tongkat kepada kemajuan mereka. Perkara ini berlaku disebabkan kekurangan tenaga mahir serta kurangnya kepakaran dalam bidang teknologi. Selain itu, perkara ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, yakni pihak barat dan ini menjadikan Negara-negara yang didominasi sukar untuk memperoleh keuntungan dan menjadi faktor kepada kemiskinan rakyat dan merencatkan pembangunan Negara.
Selain itu, kesan hegemoni dan globalisasi kepada bidang politik pula ialah keadaan politik menjadi tidak stabil disebabkan anasir-anasir luar yang menyuntik doktrin-doktrin kotor ke dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini boleh menyebabkan pentadbiran Negara menjadi kucar-kacir. Sistem politik juga akan menjadi goyah akibat suasana politik yang tidak telus dan system pentadbiran kotor yang pemimpin jalankan. Keadaan ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum, dan lebih memburukkan lagi keadaan, Negara menjadi pincang dan lemah. Negara-negara yang dimanipulasi dan dipelopori akan sentiasa ditindas dan diberi layanan yang tidak adil oleh kuasa besar. Rusuhan-rusuhan juga mudah berlaku di kalangan masyarakat yang mana sistem politiknya terjejas dek kerana penerapan budaya hegemoni dan globalisasi ini.
Dari segi media pula, masyarakat Islam sentiasa dimomokkan dengan berita yang hanya dilihat dari sudut pandangan pihak barat sahaja, dan ini menjadikan masyarakat Islam diseluruh dunia menghadapi kesulitan untuk menonjolkan diri dari segi kepakaran dan sebagainya kerana pihak media barat sering memburuk-burukkan umat Islam dengan memberi gambaran bahawa umat Islam adalah pengganas, pemberontak serta golongan yang sering menimbulkan kekecohan. Gelaran-gelaran seperti ini akan menyebabkan Negara-negara luar yang lain akan memandang serong terhadap bangsa islam dan perkara ini boleh menyebabkan ketegangan politik berlaku serta mendapat tentangan hebat daripada Negara-negara tersebut. Dalam erti kata lain, Hal ini boleh menyebabkan Negara-negara yang penduduknya majoriti beragama Islam akan dipandang serong oleh Negara- Negara lain. Jika hubungan diplomatik yang dibina itu terputus atau menghadapi masalah disebabkan hegemoni dan globalisasi ini, ia mampu melumpuhkan hampir kesemua sistem termasuklah sistem politik dan ekonomi Negara tersebut. Ekonomi sesebuah Negara adalah penting bagi menggalakkan pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara. Negara yang sentiasa mundur dan tiada upaya untuk membangun akan lebih mudah ditindas oleh kuasa beasr dan sesungguhnya, pihak barat dan Negara berkuasa besar yang lain lebih senang menggunakan media sebagai medium untuk menguasai dunia.
Tamadun barat mendatangkan kesan negatif dari aspek kebudayaan. Hiburan dari barat yang membawa perubahan dari segi pemakaian dan sahsiah individu seakan-akan didewakan oleh masyarakat dunia. Mereka menganggap artis-artis barat adalah suatu contoh yang patut mereka ikuti. Jika yang diikut dan ditiru itu adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada generasi sekarang, ia perlulah dipraktikkan dalam diri setiap masyarakat, namun yang dilihat adalah sebaliknya. Generasi muda khususnya meniru segala perbuatan artis-artis tersebut tanpa menghiraukan pegangan agama, yang mana mereka mengambil enteng mengenai solat, dan sistem pemakaian mereka juga berubah mengikut arus kemodenan. Tidak dinafikan, kita perlu mengikut peredaran semasa untuk tidak menampakkan diri yang konservatif, namun, ia tidak perlu dilakukan secara ekstrem dan melanggar hukum agama. Hal ini menyebabkan mereka mudah terjerumus ke lembah maksiat, merokok, minum arak, seks bebas dan sebagainya. Nilai moral dalam diri mereka akan berkurang dan ini menyebabkan banyak kes berlaku seperti kes pembuangan bayi, dan boleh kita perhatikan, jumlah penagih dadah semakin meningkat terutamanya dalam kalangan remaja. Generasi baru merupakann tonggak dan harapan bangsa, dan jika budaya ini menular di kalangan mereka, maka punahlah harapan Negara untuk melahirkan pemimpin berwibawa yang bakal menerajui kepimpinan Negara kelak. Justeru, semua pihak haruslah mengembleng tenaga dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi membendung budaya ini daripada terus menular dan menguasai seluruh dunia. Sifat dan nilai murni dalam kalangan masyarakat pada zaman sekarang juga semakin luntur dengan pengaruh kuat barat dan mereka lebih mementingkan hawa nafsu serta tidak mengikut syariat yang ditetapkan.
Kebanyakan Negara yang dikuasai oleh Negara Barat kehilangan kemampuan untuk memenuhi kebajikan rakyat dari segi pakaian, bantuan makanan, pendidikaan kepada anak-anak muda serta bantuan pemeriksaan kesihatan. Negara-negara yang dipimpin juga terpaksa menanggung beban hutang di pundak mereka. Ini menjadikan kos sara hidup di sesebuah Negara itu sangat tinggi sehingga mendatangkan kesan kepada rakyat. Kesempitan yang dihadapi menyebabkan mereka kadangkala terpaksa menggadaikan maruah serta melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kaum wanita terpaksa bekerja membanting tulang dan menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang ibu serta menguruskan keluarga. Perkara ini boleh mendatangkan kesan kepada anak-anak mereka di mana anak-anak tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya sehingga menyebabkan mereka terjebak ke kancah kemaksiatan dan terlibat dalam pelbagai gejala sosial.
Akibat daripada pengenalan tamadun barat pada masa kini, generasi muda kurang menekankan adat dan budaya mereka sendiri dan ini menyebabkan penghormatan diri mereka terjejas dan menjadi pincang. Kehidupan sosial mereka terjejas disebabkan ketaksuban mereka mencari kemewahan hidup dan kesenangan dunia semata-mata.
Dominasi terhadap pemikiran manusia pula menyebabkan pembangunan manusia dan nilai murni dalam diri mereka terbantut. Pendominasian dan manipulasi ke atas pemikiran adalah sesuatu yang amat berbahaya di mana mereka menyuntik doktrin dan idea-idea mereka dengan  cara yang halus dan mudah meresap ke atas pemikiran rakyat. 
Secara kesimpulannya, hegemoni dan globalisasi yang berlaku samada pada zaman dahulu dan juga pada zaman sekarang, membawa pengaruh yang besar terhadap keseimbangan sistem manusia di dunia tidak kira ianya adalah merupakan pengaruh positif mahupun pengaruh negatif. Jika perkara ini dilihat dari sudut pandangan positif, maka ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan positif dan begitu juga sebaliknya.